Sunday, July 20, 2008

g'rimis


my speech text on g'rimis annual general meeting to select the mainboard club representatives.

terima kasih saudara pengerusi majlis, yang berbahagia penasihat baru g’rimis, madam rosniza osman, yang disanjungi mantan presiden g’rimis 2007/2008, brother mohd nazri bin zaid, yang dikasihi presiden g’rimis 2008/2009, brother mohd fariq adnan, barisan jawatankuasa g’rimis serta rakan-rakan sekalian.

cantik sungguh si anak dara, sopan bersimpuh memintal jerami, assalamualaikum pembuka bicara, moga ukhuwah kekal bersemi. nama diberi sy nurul ain bt sy badaruddin. asal negeri terengganu darul iman. kini menetap di kuantan pahang. no kad matrik 083926 jurusan perubatan. tidak layak rasanya saya melafazkan manifesto ini kerana saya tahu sebenarnya ada lagi saudari-saudari yang lebih layak daripada saya di sini. namun izinkan saya teruskan dengan manifesto saya yang pertama.

saya berpegang kepada prinsip ‘qulil haqq walau ka na murran’ iaitu berkata benarlah walaupun kebenaran itu pahit. saya akan memberikan kebebasan kepada anda semua bagi menyuarakan pendapat sama ada terus kepada saya ataupun mana-mana ahli jawatankuasa yang lain. anggaplah amalan demokrasi yang diamalkan di negara kita akan terus diamalkan di sini. tetapi saya berani jamin, tiada siapa yang akan ditahan kerana menyuarakan pendapat berlainan, tiada yang akan diambil tindakan tanpa dibicarakan seadilnya dan tiada yang akan dimusuhi kerana tidak bersetuju dengan kami.

manifesto saya yang kedua; tiada sebarang amalan rasuah yang diamalkan dalam kelab ini. manifesto saya yang ketiga pula ialah; tiada sebarang kenaikan harga bagi setiap yuran yang dikenakan. harga ahli adalah berpatutan dan subsidi hanya akan diberikan kepada ahli-ahli kelab yang layak sahaja.

sudah saya suarakan manifesto saya, kini terpulanglah kepada anda semua sama ada pilihannya; dacing hikmah mengimbang ummah, bulan sabit penggerak keadilan, keris pusaka memperkasa budaya atau bulan purnama penerang jalan. saya bukanlah pak lah yang bijak mentadbir, bukan anwar yang lantang berpidato, bukan mahathir yang pintar berbicara, bukan jua nik aziz yang mantap pegangannya. saya ialah saya; insan biasa yang punya kelemahan, punya kekurangan; andai tersilap bicara harap dimaafkan kerana yang baik itu daripada allah dan yang kurangnya lahir dari hambanya yang lemah dan tidak sempurna ini.

sebelum saya mengundur diri, sudilah kiranya anda mendengar bingkisan buat diri yang lalai, penjelasan buat diri yang lupa, peringatan buat diri yang leka.

when you feel all alone in this world, and there’s nobody to count your tears, when you’re carrying a monster load, and u wonder how far you can go, just remember no matter where you are, allah knows.

sometimes when the world’s not on your side, you don’t know where to run to, you don’t know where to hide, u gaze at the stars in the sky and the mountains so high through the tears in you eyes. you’re looking for a reason to replace what is done, just remember no matter where you are, you are never alone. just reach into your heart and allah is always there. ‘innallaha ma’ana’.


an applause.. perhaps?

2 comments:

  1. clap clap clap.. ain u r always the best in speech.. berbunga bahasa dan menusuk ke kalbu hehe good luck!

    ReplyDelete