Tuesday, July 07, 2009

bahase

jarum pendek kat jam tangan aku pilih saat ni untuk berhenti antara nombor satu dengan dua. jarum panjang bertenggek kat nombor lima. jam aku takde jarum saat. aku pulak baru lepas teguk kopi janggut bancuhan sendiri. nak tido mata tak rasa nak pejam lagi. otak pun nak lepak-lepak jap setelah hampir 30 minit dihujani dengan deruan maklumat dari dada buku teks bio campbell edisi kelapan. efek kafein yang menggile agak cukup tok buatkan mata aku menghadap skrin ni sejam dua lagi.

ni yang aku tak suka kalo mencoret dalam bahasa lidah aku. sebab banyak bende nak tulis. ruangnye seciput la sangat. boleh nak tulis berela-ela tapi nanti aku pulak yang jenoh nak menyemak semule.

aku takmo cakap aku tak tao nak ulas topik ape sekarang sebab aku tau yang sebenarnye sel-sel neuron dalam otak aku berhempas pulas cari idea tok post aku yang lain macam bunyiknye hari ni. ha, nampaknye ilham dah datang menjenguk kat kepale otak aku. kejap-kejap, bagi masa untuk aku bertindak balas.

time ni pulak henpon aku nak bergetar. nasib baik aku buat mod senyap. kalau tak, dah lama aku kene pelangkung dengan sahabat bilik aku sebab bunyi nada dering mesej masuk yang membingitkan telinga, sekaligus merosakkan suasana untuk melelapkan mata. maafkan aku. aku tidak bermaksud untuk meloyakan tekak kalian semua dengan menggunakan bahasa yang amat puitis, romantis dan gratis ini, namun aku tidak dapat menahan gelojak di dada untuk menjadi pejuang bahasa, biarlah cuma untuk seketika sahaja. pedulikan bahasa yang berbunga mawar ini, fokuskan minda kalian pada aku sebentar.

nelly yang berambut perang muda sedang melihat aku menaip. aku mengerling sekilas ke arahnya. singlet merah jambu yang dipakai nelly cukup seksi, merimaskan aku kadangkala. bentuk badannya yang menggiurkan mampu mengundang amarah yang tidak dijangka. iman sang jejaka pasti menunggu masa untuk pudar seketika saat melihat nelly berkeadaan sedemikian rupa. iris matanya hijau, hidungnya mancung, bibirnya mungil. sayang, nelly hanya berstokin. kasut tumit tingginya ditinggalkan sendirian. aku menelan air liur. cubaan....

bukan niatku untuk melawan fitrah, jauh sekali berperangai di luar tabii. namun apakan dayaku, sesekali syaitan cuba menyuntik jarum untuk memesongkan aku. imanku masih lagi kukuh. detik ini. aku menepis segala bisikan sang durjana. aku merenung tepat ke dalam mata nelly. maafkan aku, nelly. aku tak sanggup begini. bukan, bukan ku membencimu kerana rupa parasmu, pakaianmu. cuma aku terfikir, mampukah kita bertahan untuk satu jangka masa yang panjang? bolehkah aku berada di sampingmu buat selama-lamanya? tegarkah kau untuk sehidup semati denganku? nelly, mengapa kau membisu? jawab pertanyaanku. jawab..

aku cukup bersabar denganmu, nelly. apakah tidak cukup kasih sayangku selama ini? nah, aku bentangkan buktinya. aku tidak lupa untuk menyisir rambutmu yang ikal mayang tiap pagi. aku mengucup pipimu sekali dua, membuatkan mukamu kemerah-merahan. aku memelukmu lembut tanda aku sentiasa menyokong, bukan mengongkong. aku baring bersamamu. aku lena denganmu. masih tidak cukupkah semua itu, nelly? khabarkan padaku.

sukar untuk aku mengerti perasaan hatiku. aku sendiri tidak punya kekuatan untuk mentafsirkannya. atau mungkin, aku takut dengan kebenaran yang bakal dirungkaikan. aku tidak mampu berdepan dengan semua ini. sebelum apa-apa berlaku, izinkan aku berkata sesuatu. aku... aku... aku sayang kamu. aku sayang kamu, nelly. ya, kamu.

kau membisu lagi, nelly?

mengapa? limaazaa, ya nelly?



oh, aku lupa.




kau, nelly..




hanyalah anak patung comel yang kunamakan
NELLY.



adeh, maafkan aku sebab dah merosakkan fantasi, ilusi dan imaginasi korang sume. aku sebenanye tak berniat pun nak melabelkan topik ni sebagai 18sx, bukan. bukan niat aku, percayalah.

aku menggambarkan nelly sebagai anak patung aku dan aku menulis deskripsi tentang nelly tanpa ada sebarang syak wasangka mahupun niat halus yang tersirat dalam hati aku. sedangkan korang yang baca coretan aku, membayangkan nelly sebagai .....??? hanya tuhan je yang tahu ape mende yang korang bayangkan...

mungkin jugak aku membesar-besarkan cerita, mungkin jugak ayat-ayat aku terlampau unik, mungkin jugak aku memang nak tulis camtu.. dan mungkin jugak korang yang salah faham. ape-ape pun kemungkinan yang berlegar-legar di ruang angkase sekarang ni, ape yang penting....?? kerja...sama. adeh, lupakan wonderpets sekejap. ape yang penting, aku nak korang paham satu perkara.

rangkaian perkataan yang kita luahkan di alam nyata mahupun virtual, memantulkan bayangan personaliti kita; merungkap segala rahsia yang tersembunyi jauh di sebalik pintu nurani kita. kuncinya terletak di tangan orang yang mendengar atau membaca; sama ada untuk membuka pintunya, menyimpan kuncinya atau membaling ke sebelah sana. tindakan yang berbeza menghasilkan persepsi yang berbeza.

aduiyai, lampu koridor tepadam pulak. dah aku dalam kegelapan sekarang ni. malas aku nak capai suis lampu meja belajar aku.

surah al-'alaq, 96 ayat 3-5 yang maksudnya;

proclaim! and your lord is most bountiful- (3) he who taught (the use of) the pen- (4) taught man that which he knew not (5)

aku rasa tak payah nak ulas 200 ela maksud ayat di atas. korang sume ade akal, lu pikir la sendiri. bila allah dah bagi idea untuk mencoretkan sesuatu, gunakan idea tu tok tulis perkara yang baik, yang dapat menyumbang ilmu pada orang lain. bukan dengan niat untuk mengutuk dan menjatuhkan sesama sendiri.

dah dah, kalo aku sambung lagi ni, sampai subuh pon tak abis. kelas aku bakal bermula lebih kurang enam jam lagi. kene bangun sejam awal. nak mandi lagi. mekap, iron tudung, baju kurung. nak tengok cermin, baiki tudung, kemas katil, pakai bedak bedak.. adeh, banyak bende perlu diselesaikan.

aku cau lu. nelly dah pandang aku lain macam dah tu.



2 comments:

  1. wah pah..hebat sungguh ye kau berbahasa melayu..rambut nelly ko sikat ye?rambut ko sendiri??kaifa haluki??ahaha..ko pikir la sendiri!-nawal

    ReplyDelete
  2. ahahaha nawal nawal... ituh hiperbole semata-mata, tak ada kene mengene antara hidup ataupun mati.. huwawawwaa...

    *hamdellah, ana bikhair ya nawal... :)

    ReplyDelete