Tuesday, August 11, 2009

darah

kuang asam punye aqlili.

mati-mati aku ingat menyumbangkan darah itu tidak sakit sama sekali.

berdenyut lengan aku, dowh. punye la aku ingat jarum kecik je yang dorg gune tok amik darah. upenye pas die cucuk, tiub kecik pulak yang disumbat kat salur darah tu. adeh. ternganga aku skejap. terkelu lidah. sakit weh.

okeh2 takdela sakit tahap cipan tapi untuk first-timer cam aku ni mmg ar rase smacam kot. aqlili kate perasaan je tuh.. die sowh bayangkan makanan yang sedap2...

aku kate okay2, aku cube.

tibe tibe ayam spicy kfc dah tak rase sedap dah. apatah lagi nasi ayam zc. lauk-pauk yang mak aku masak pon tak dapat mengelabui pikiran aku yang dok menjerit, 'sakit..sakit..'. hampeh btol la. aku kurang daya imaginasi agaknye time tuh.

kempen derma darah ni 10-13 ogos (isnin-kamis), so bebudak uia yang cukup berat (>45kg) dan yang boleh menunaikan solat tuh, rajin2kan la kaki melangkah ke dewan AMF untuk menyumbangkan sel-sel darah merah anda ye. jangan nebes2, kite sepatutnye kene takot mati je kan..

poster yang ditampal sekitar uia

misi yang betugas kat situ tanye la aku, makan ape pagi ni? aku pon cepat2 cakap, minum air kopi... dengan biskut je.

aku tipu. tipu sunat la. aku tak makan ape2 pon sebenanye. pagi2 aku takdek selera ngat nak menjamah makanan. tapi yang part minum kopi tu aku tak tipu ar.

hm. agaknye sbab tu la aku rasa sakit kot. aqlili slambe je kate tak sakit, pelik gak aku. si saeqal yang dah tiga kali derma pown selamba-ya-ya je aku nengok. hmmm...

si sharaf kate pas derma darah berat badan akan naik dengan mendadak sekali. ape?? aku dah menggelabah dah. cuak dowh, aku da la sedia berat, takkan la nak terdedah kepada potensi kegemukan lagi kowt .. aku kompemkan ngan farah yang dah penah derma last year, dye kate betulbetulbetul.

adoi, aku taknak makan ah pasni boleh ak?

ok, disini ade sedikit penjelasan ye. aku tak takot darah ok, tolong la... cume rase sakit n denyut2 je kat lengan. normal la kan.. skang ni dah ok dah. aku budak da besar la, takkan sbab kene cucuk sket nak nangis kan? membazir air mata je kot..

farah takbleh donate sbab dye tak cukup darah. boleh plak gitu. tadi pown dye bertungkus-lumus cari seafood untuk dimakan; misi kate boleh menambahkan darah, tu yang dye cube tuh. konon2nye untuk membolehkan dirinya menderma pada hari kamis nanti pula.

tapi misi tu kate gak yang darah ni takbleh ditambah dalam masa dua tiga hari sahaja. farah nak try gak. dye kate ari2 dye nak gi hall try, sampai misi tu bosan asek tengok dye ari2. huhu, sadis betol la si farah nih..

Menurut Dr. Syeikh Yusuf Qaradhawi seorang cendekiawan Islam terbilang dari Mesir, menderma darah merupakan sebesar-besar jalan menghampirkan diri kepada Allah dan semulia-mulia sedekah, kerana ianya sama seperti menyelamatkan nyawa manusia lain tanpa mengira batasan agama (Muslim ataupun tidak). Ia adalah satu tindakan yang mana kebaikannya telah diterangkan dengan sejelas-jelasnya di dalam al-Quran seperti firman Allah yang bermaksud; “ Sesungguhnya sesiapa yang membunuh maka seolah-olah dia telah membunuh manusia seluruhnya, dan sesiapa yang menghidupkan seolah-olah dia menghidupkan manusia seluruhnya.” (Al-Maidah : ayat 32).
http://diarizaheerah.blogspot.com/2008/01/derma-darah-tubuh-sihat-pahala-dapat.html

sijil, pil and makanan dapat lepas menderma.

oleh itu, marilah menyumbang darah dengan niat untuk membantu orang2 yang berada di dalam kesusahan. :)

4 comments: