Wednesday, January 20, 2010

pening pale pikir pasal p.a.....

.....sebab tu aq seboleh2nye takmo terlibat dlm kategori pihak penganjur program kat UIA ni. lagi2 kalo nak uruskan hal2 berkaitan venue. and P.A system. GOD, memang memeningkan kepala.

kerenah birokrasi (birokarat) nye memang betul2 menguji tahap keimanan aq.

alkisahnye begini.

Culture and Arts Club akan menganjurkan CAC Week dari 24-27 Januari. Aq dan Geng2 seangkatan ditugaskan in charge bahagian Battle Of Nasyeedian Sisters.

HAAA... bunyinya amat gempak bukan?? theheehee. sengal je kan. :D

disebabkan sambutan yang amatamatamatamat lah menggalakkan daripada kaum hawa yang gian nak bernasyid, so penyertaannya telah mencecah sebanyak 14 kumpulan pada awalnya.

setakat ni baru 1 kumpulan menarik diri. aq menunggu grup laen tarik diri pulak untuk mengurangkan persaingan. :)

untuk memudahkan kerje meng'eliminate'kan grup supaya jadi sikit, kami buatlah Peringkat Semi-Final (jumaat ni pukul 9.30pm kat lecture hall b) dan Peringkat Final (isnin depan pukul 9.30pm kat ZC court).

mesti korang sume tertanye tanye, LECTURE HALL B?? dahlah sempit, kecik, tak cantik, dah takde venue lain sangat ke?????

kami akan membalas dengan santunnya, AMF da ada orang tempah awal2. begitu juga dengan lecture hall A. surau KC tak boleh guna untuk tujuan nasyid ni, hanya dibenarkan untuk ceramah2 sahaja. jadi kami tiada pilihan lain. mahukah kalian menyanyi di seminar room? ataupun annex? lagipun, ini baru semi-final. kalau korang termasuk ke final nanti, baru buat kat open area, ramai orang tengok sket.. ala, bersusah-susah dahulu. bersenang-senang kemudian. betul x?

masalah pertama yang aq terpikir time aku diberitahu lecture hall b dah konfirm dapat untuk semi tuh, ialah pasal MIKROFON. pihak UIA Maintenance bley bagi 3 mikrofon SAHAJA.

memang tak boleh blah.

gunakan imaginasi anda. satu grup max 10 orang. mikrofon 3. tempat sempit.

amat. menyedihkan.

so aq dengan semangat yang membara-bara ni pegi la menuju ke maintenance kat sebelah AMF tu nak negotiate pasal mic tuh. ingatkan nak la flirt goda pujukrayu mengayat try slow talk dengan abang kat situ pasal mic, tapi memang tak boleh langsung rupenye.

dye ade kate pasal punca kuasa mende ntah nak sumbat mic tu ade 3 je. pastu ade jugak aq diberitahu pasal kondisi yang tak stabil, bergema ntah pebende la kalo kite pasang lebih daripada 3 mic kat lect hall tuh. aq pon bukannye paham sangat bahasa teknikal ni.

pastu aq saje je nak provoke dye kan. aq tanye lah, 'bang, kalau kami nak panggil orang yang urus PA System dari luar untuk urus kat lect hall bleh? lagipun, diorang boleh provide banyak sket mikrofon, bukan 3 je....'

haaa amek kau. lancang sungguh mulut aq menutur bicara.

pastu abang tuh tanye la officer yang lagi tinggi pangkatnya yang sedang bersantai di atas sofa depan aq tuh pasal bende ni. aq pon support2 la sket2 untuk menghangatkan suasana.

hei. 3 mikrofon mana cukup beb. nak kongsi2 tak besh la....

nak tau apa Encik Officer tu telah berkata kepada aq??

ha.... tunggu selepas ini.































































okeh kita bertemu kembali.

Encik K (bukan nama sebenar) tu kate camni, "Hmmmm... nak panggil PA luar ye... (berfikir sejenak, kemudian membuat muka ala-ala tak setuju) Tak payah lah, buat apa nak panggil orang luar.. Nanti UIA jugak yang malu, nampak sangat kitorang ni tak boleh nak bagi mikrofon...'

haaa. sebab tu lah nak panggil orang luar. sebab mikrofon2 kat uia ni amatlah susah nak dapat. macamlah tak mampu sangat nak beli lagi dua tiga dozen mic pastu distribute kat event2 tertentu. takdelah sampai kitorang terpaksa kene panggil orang luar. nak panggil PA luar tu kene bayar pulak tuh. bukannya murah tau. kalo UIA berkire sangat nak provide PA system yang memuaskan hati semua budak2 UIA ni, collaborate je lah dengan mana2 PA luar, mintak dorang tolong urus pasal PA system each time ade event yang dijalankan kat sini. UIA lah yang kene bayar kosnye. ini tak. dahlah kitorang kene bayar kene gune duit sendiri dulu. nak dapat duit daripada STAD dulu jangan haraplah. kene tunggu abes event baru bleh claim duit. kitorang ni bukannya anak Dato' sumenye, consider la jugak. pasal PA system kat UIA ni sucks teruk lah yang mostly event yang dianjurkan tidak dapat dijalankan dengan lancar. buat ape lah ade maintenance department kalo lah service yang diberi tak cukup untuk menggembirakan hati students2 kat UIA ni. baik kite bubarkan sahaja bahagian maintenance dan kemudian cari agensi luar yang lagi berkaliber dan mempunyai kelengkapan dan alat2 PA System yang canggih manggih lagi suruh ganti tempat Maintenance tuh. habis cite.

haishhh penat betul jadi mami jarum junior ni.

walaupun aq masih dihantui rasa yang tidak puas hati lagi tadi, aq pun berpaling daripada Encik K yang sengal itu kepada abang maintenance tadi.

soalan kedua.

'haaa abang, kalo let say kitorang buat semi-final tuh dekat zc court. camne? mikrofon banyak sikit boleh dapat kot...' kataku sambil melemparkan senyuman yang paling manis.


















'ha kalau macam tu, kami boleh provide 2 je mikrofon'

DUA??? dua??? TWO?? ithnani???? duaaaaaa je???? (takdelah aq nak ulang2 cakap nombor dua kat depan abang tuh, kang dye kate aq tak betul pulak..)

melihatkan muka aq yang macam nak menangis, abang tu pun kate lah.. (nak pujuk aq kot, hehe perasan!) 'kalau buat kat ZC court boleh jugak. tapi panggil PA luar lah..'

setelah mendengar kata2 semangat abang tu yang nasib baik tak berapa nak comel, kalau tak aq duduk lame skit kat situ mengayat dye aq pun melangkahkan kaki keluar dari Maintenance dengan berat hatinya untuk menelefon abang Helmi, PA System yang kitorang bayar dari luar.

hajatnya untuk merisik-risik mana la tau diorang boleh bermurah hati nak dapat pahala lebih untuk memberi service free mase semi-final tuh. setelah aq cube berpusing-pusing menyusun ayat, nampaknya dia tak paham2 jugak rupanya. kalau nak extra day, kene extra charge.

lagipun, deposit diorang kitorang tak bayar lagi kot. patutlah agak susah sket nak berdiskusi dengan panjang lebar.

aq pun dalam keterpaksaan terpaksa lah merelakan peserta2 Battle of Nasyeedian (sisters) membuat persembahan mereka di Lecture Hall pada malam Jumaat ini.

harap maaf. segala kesulitan amat dikesali.






ps. rase nak hantar je surat layang kat maintenance tuh suruh dorang mencari jalan camne nak meng'upgrade'kan tahap ke'best'an PA System di UIA ni. bukannya apa, kalau dah sume club/society kat UIA ni panggil PA luar untuk organise event diorang, nanti takde keje pulak maintenance nak buat. tak ke kesian camtu?


ha... tau takpe.



penulis entri ini memang tidak sayangkan diri betul. kang tak pasal2 kena saman malu dengan pihak UIA baru padan muka. menangis tak berlagu la engkau ye, cik Nour El Ain..

No comments:

Post a Comment