Saturday, January 16, 2010

Saya Nak Cuti Jugak!! :D

Rase Nak pegi holiday tapi poket kering? Nak dapat satu percutian yang diFULLY SPONSORED ke destinasi2 terkemuka Asia?? Nak jadi HOS RANCANGAN TV kat siaran Astro??


Jom join peraduan Saya Nak Cuti!! anjuran Malaysia Airlines Systems Berhad dan Astro!!


Tempoh peraduan: dari 6hb Januari 2010 hingga 31hb Januari 2010

Tarikh tutup: Jam 11.59 malam pada 31hb Januari 2010






Alaaahhh senang je cara2 nak join, tak kena bayar pun kot... :D


1. Pegi kat laman web
ini dan daftar dulu. Pilih destinasi pelancongan yang anda teringin sangat nak pegi: list nama2 negara disediakan.. (Tajaan ke Europe, Korea dan ke negara2 yang jauhnya beribu batu takde ye... harap maklum. Kat Asia je ade...). Nak pegi melancong free ke Aloq Staqq pun boleh ape.. :D

2. Then, silalah bertungkus-lumus untuk tulis esei (350 patah perkataan) tentang sebab ape korang nak sangaaat saaangaaat ditaja untuk pegi trip free ni. Boleh nominate diri sendiri (kalau rasa tak malu) ataupun orang-orang lain yang korang rasa layak untuk pegi..

3. Pastu, kirim gamba korang yang da bomb sebagai additional boost. Mana la tau kan.. karangan standard budak tadika je, tapi kalau dah muka kiut-miut dan posing maut lagi.. Tertarik la jugak pihak penganjur nak jadikan korang sebagai finalist.. :)

4. Hantar la korang punye entry dan solatlah hajat supaya terpilih menjadi Top 20. Karangan boleh ditulis dalam Bahasa Malaysia or English. Mitak maaf budak2 UIA, Bahasa Arab tidak diterima lah... Hantar la seberapa banyak entry pon tapi yang dipilihnye satu je kalau korang termasuk dalam list Finalist..






Haaaa.... lupa nak cakap. Sesungguhnya peraduan ini hanya dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun keatas pada 6hb Januari 2010 sahaja, dan mesti memegang kad pengenalan atau sijil surat beranak Malaysia yang sah.


Sape yang bawah umur tu, melepaslah peluang untuk gi holiday free ye. Kalau nak jugak percutian FOC, gi la bodek bapak korang suh bawak pegi jalan2 cari makan..








EHHH EHHH JAPP JAPP TAK HABIS LAGI LAAA....







Jika sekiranya andaikatanya lah korang tetiba je tersenarai dalam senarai pendek, korang kene kumpul budak2 UIA semua pakat2 mengundi supaya korang dapat masuk Final 12 pulak.


Haaa... pastu korang pegi la bercuti segala dengan tajaan MAS dengan krew2 Astro yang akan merakam segala aksi2 perjalanan korang. Korang yang akan jadi hos Rancangan 'Saya Nak Cuti' tu dan rakaman akan disiarkan di Astro Ria selama 30 minit. Sahaja.









AMACAMM?? ADA BERANI???




Haaaaa APE TUNGGU LAGI??

Now Everyone Can Fly!!! Eh salah salah...

Marilah kita memupuk semangat Malaysian Hospitality!! Yezzaaa!! :D










































Ke hadapan Encik MAS dan Encik Astro,
Saya nak pegi Singapore sangat2. Saya juge nak masuk TV.
Dan sebab yang paling penting...............
















Saya Nak Cuti Jugak!!

2 comments:

  1. gud luck ain. nnt menang bwk saya gak.

    p/s - thanks for visiting n commenting on my bloggie! :-D

    ReplyDelete