Wednesday, September 29, 2010

Dah baca ke?

RAMADHAN - 14th Zenith telah mengadakan satu majlis Khatam Quran di Masjid Kuliyyah Of Medicine (KOM), UIA yang dihadiri oleh pelajar Tahun Satu bidang Perubatan UIA. Mereka juga telah mendirikan Solat Tarawih secara berjemaah dan mengadakan Sesi Fotografi Batch. Program tersebut telah diadakan selepas tamatnya Majlis Berbuka Puasa di MultiPurpose Hall (MPH), bertempat di bangunan yang sama.

Wakil setiap PBL grup bergilir-gilir membaca surah. [ Sejuknya perut ibu yang mengandung :) ]
Sebenarnya, main point yang nak dihighlight ialah soalan ni:  Korang semua dah mengaji hari ini?

Nak yang lebih pedas: Dah sentuh ke Al-Quran hari ni?

Aku mengingatkan korang dan diri aku sendiri, untuk cuba menghidupkan amalan Mengaji Selepas Maghrib setiap hari. Yelah, buku2 manusia kita boleh pulak bukak untuk baca,  paham betul2 setiap baris ayat tu. Tapi buku Allah, takde la pulak rasa berkobar-kobar nak tengok. Baca pun jarang-jarang je. Nak kaji maksudnya, haram.. Tak rasa malu ke?

Mesej ringkas ini dibawakan khas untuk anda oleh Zen14 - 'Bekerja seperti kamu akan hidup selamanya, Beribadah seperti kamu akan hidup selama-lamanya'

Renung-renungkan dan, Selamat Beramal.. :)

No comments:

Post a Comment