Wednesday, September 01, 2010

kereta oh kereta

memang lepas ni aku kena reconsider balik decision aku untuk taknak bawak kereta gi UIA ni. mana taknya, nasib pejalan kaki kat sini ni memang tak berapa nak baik. nak2 kalo terserempak dengan mamat2 sebatch yang memandu bagai nak rak, sampai orang sebesar-besar aku ni pun boleh nak dilanggarnya. pulaknye, penuh satu kereta tu aku nengok, seat depan seat blakang kalo muat kat bonet kereta tu ntah2 nak jugak diisikan dengan orang. korang beli la Triton 4x4 sebijik, baru la best ramai2 lepak kat blakang tu..

ceritanya macam ni, alkisahnya aku, yun dengan syuk nak balik lah mahallah lepas abis kelas, pastu memandangkan kitorang ni tak punya kenderaan untuk dinaiki, kitorang terpaksa la jalan kaki. ape orang kata tu, sambil menyelam minum air. sambil jalan kaki, boleh exercise, boleh gelapkan muka sket..

tengah2 kitorang tengah syok bergossip, tak nampaklah pulak ade sebijik kenderaan kecik  beroda empat berjenama ape ntah tengah meluru ke arah kitorang, kitorang buat je la selamba badak sebab ade lagi satu lane kosong kat sebelah tuh. alik2 kitorang pulak hampir nak dilanggarnya. nasib baik aku takde sakit hati (read: heart attack) kalo tak memang jatuh pengsan la aku kat tengah2 jalan tuh. haishhh nasib baik jugak la skang ni bulan ramadhan bulan yang mulia. kalo tak memang macam-macam ayat dah keluar tadi.

ni aku rasa dah masuk kali kedua dah kitorang nyaris2 tercabut nyawa tau. cube la bayangkan, kalo tetibe stereng kereta tu terlepas time mamat2 yang tak berapa nak matured tu acah2 kitorang, and kitorang tak sempat nak elak, agak2 apekah yang akan terjadi? nak bawak gi hospital da tak boleh muat kereta dah. lainlah kalo diorang tu budak2 medik yang da masuk clinical year, yang ilmu bab2 road accidents ni sume da ade dalam kepala, at least tau la jugak camne nak handle situasi macam tu.

nanti kita da masuk fourth year, aku bagila can korang nak bereksperimentasi dengan kereta masing2. korang kalau boleh langgar je aku time aku tengah jalan2 ngan yun ngan syuk (aku sorang je, jangan langgar diorang plak mampus aku nanti) pastu agak2 aku da sakit yang teramat sangat, boleh lah korang praktikkan ape yang korang belajar. lagi baik sediakanlah pembalut luka, antiseptik, anduh, sume2 bende kat backseat tu, just in case kalo2 korang tak sempat bawak aku gi hospital. tapi kalau korang rase brani nak buat, bagitau aku dulu. aku nak call polis dengan parents aku suruh tunggu kat tempat kejadian.

aku bukanlah marah sangat pasal bende2 remeh temeh ni, alah small matter je. tapi kan, alangkah baiknya kalo sape2 yang rase2 ade kereta tu bersikap gentleman sket. ala, bukannya selalu nak tunjuk baik kan.

ape kate time kitorang tengah jalan2 nak balik mahallah, korang yang tengah berada di dalam kereta tu lalu melintasi kitorang, nampak kitorang macam da tak larat sangat nak jalan, slowkan kereta, turunkan cermin kereta perlahan-lahan, seraya berkata,

"ehhh, kesiannya korang berpanas terik ni, boleh aku tumpangkan?"

tak ke sejuk perut ibu yang mengandung dapat anak macam tu? ;) 


ps. kitorang nak tumpang ke taknak tumpang ke blakang cerita lah. offer tu yang penting. thehehehe.
 

2 comments:

  1. contohilah senior n lecturer dents n sciences yg baek2 blaka tumpangkan kami yg berjalan JAUH ni.. tp sekali sekala kami pegi kom, mmg satu keta pun xbenti tumpangkan kami.. ape lah salahnye kn, satu jalan kot~

    ReplyDelete