Friday, September 24, 2010

Masa Depan??


"Kapten, ko tau kalau aku tengok kau, aku pikir ko sesuai jadi ape?"

"Ape?"

"Ko sesuai jadi cikgu tadika, ajar budak-budak kecik melukis. Bukak la company sendiri, pastu ko jadi cikgu. Biasanya orang kaya-kaya je yang hantar anak-anak diorang belajar melukis. Ko bleh dapat untung banyak tu..."

Sally, Sally... hidup aku tidak semudah tu lah. Nak jadi cikgu Art, terus boleh jadi. Nak jadi Animator, senang je masuk MMU. Nak kahwin, cepat-cepat cari calon. Nak blajar main Guitar, boleh daftar gi kelas gitar. Nak kereta, terus dapat kereta.

Banyak mende kene consider. Banyak izin kena mintak. Banyak restu kena dapat.

Kalau ikutkan aku, boleh je nak buat suka hati, tapi Banyak masalah lah yang aku akan dapat nanti. Orang tua tua kata: Ikut hati mati, Ikut rasa binasa. Dah tu, nak ikut ape?

Ikutlah Iman. Setakat ni aku rasa boleh bersabar lagi. Nanti bila aku dah tak sabar.. Harap-harap aku dapat bersabar sampailah... ke hujungnya. Doakan aku ye, Sally.

Cara aku menjawab soalan Sally tu, menampakkan kematangan aku berfikir tak? Hehehe Sengal... Sengal.

Aku nak belajar untuk suka dan enjoy jalan yang parents aku pilih ni, sebab aku tau aku takkan rugi apa-apa pun kalau aku redha je. Well, rugi sikit kot kat Dunia ni. Tapi kat Akhirat aku takkan rugi, InsyaAllah. :)

Nak ikutkan hati, memang banyak perkataan 'Kalaulah...' yang aku bayangkan tiap-tiap hari. Tapi, nak buat macam mana... hidup kena teruskan jugak, ye tak Sally? :)

2 comments:

  1. parent want the best for us~~

    Allah know the best for us~~

    i salute u!!

    ReplyDelete