Thursday, September 30, 2010

MDT

Nota: Post ini merupakan sambungan post sebelumnya. Harap maklum.

Majlis Berbuka Puasa di MPH
Kalau tak silap aku, termasuk yang ni dah kali ketiga aku menghadiri Majlis Makan Dalam Talam (MMDT) - 2 kali kat CFS and 1st time kat UIAK (short for UIA Kuantan, Duh)

Nak difikir-fikir memang amalan ni banyak kebaikannya, meh sini aku tolong listkan.

Faedah MMDT:
1. Mengeratkan silaturrahim - Tipikal reason lah ni. Dengan makan secara beramai-ramai, kita akan dapat 'feeeel' ukhuwwah sesama kita. Borak-borak, gossip-gossip, sampai kadang2 tu lupa waktu Maghrib da nak abis.

2. Makanan tak pernah tak cukup - Kita sama-sama tolong menghabiskan lauk masing-masing. Takde la mengakibatkan pembaziran. Talam pun sebijik untuk 5 orang, amatlah senang untuk dibasuh.

3. Membina daya berfikir - Khas untuk orang yang kuat makan, pengaturan strategi amat diperlukan. Kalaulah dalam satu talam, orang yang besar-besar makan bersama, alamat tak kenyanglah perut. 

4. Menambah selera makan - Orang kata, kalau makan ramai-ramai, selera makan makin kuat. Sebab tu orang perempuan tidak dinasihatkan untuk MDT selalu - nak badan jadik tembam??

5. Sepakat membawa berkat - Dua kepala lebih baik daripada satu. Buat kerja secara berkumpulan lebih baik daripada sorang2. Kita makan makanan yang sama, minum air yang sama, dapat berkat sama-sama, dan dapat sakit perut pun sama-sama!

Terima kasih kepada yang meninggalkan komen, MDT bukan Sunnah Nabi tetapi sebenarnya, makan secara berjemaah itu yang Nabi galakkan.


Berkumpul menghadapi hidangan dan makanan secara berjama’ah adalah suatu yang dianjurkan bagi kaum muslimin di samping akan mendapatkan keutamaan berdasarkan hadits berikut: 

"Berjama’ahlah dalam menyantap hidanganmu dan sebut nama Allah padanya, nescaya akan mengandung berkah bagimu" (Silsilah Hadits-hadits Shahih no. 664).

Sumber di sini

2 comments: