Wednesday, September 08, 2010

no boys allowed


seting: dalam kereta otw balik ke rumah untuk cuti hari raya
masa: 10.10 malam
hari/tarikh: selasa, 7 sept '10

aku: umi, maybe kawan2 kak ain nak datang beraya kat rumah, raya ketiga nanti boleh? kita masak special2 sket la ehh?
umi: boleh.. ajak lah kawan2 awak datang, umi lagi suka.
aku: (ambik masa jap - fikir nak cakap ke tak nak cakap) emm.. tapi maybe kawan2 laki kak ain nak datang jugak kot..
umi: (diam sekejap) kalau lelaki umi tak suka lah datang2 rumah ni, kan dari dulu lagi umi tak bagi bawak kawan lelaki datang rumah. kak nor pun tak penah bawak kawan laki dia datang rumah.
aku: (senyap, tak tau nak jawab apa sebenarnya)
umi: kalau ain cakap awal2 kat umi kan senang, ain cakap je la kat kawan2 laki ain tu yang kita nak pegi bercuti kat phuket, tak ada kat rumah. kalau kawan perempuan takpela, datang je bila2 masa. umi bagi.
ain: (senyap)
abah: ala ain, kalau kawan laki ramai2 datang dalam group tak apa..
aku: (phew. nasib baik ada ayah aku untuk menyelamatkan keadaan)
umi: ehh abang kata siapa yang jadi menteri kat rumah, mar kan.. (berseloroh, cakap kat ayah aku)
abah: lahh awak menteri, saya perdana menteri. apa2 hal pun saya yang tentukan nak bagi ke tak.. (gelak2) 
umi: ain, umi tak suka la macam ni. nanti kalau start dah bagi kat sorang, nanti yang lain pulak nak yang sama. jehan, syakirah nanti nak jugak bawak kawan2 lelaki datang, sebab awak dah start dulu dah.
aku: (haishh susahnya tak ada adik beradik lelaki ni..)
abah: alah, awak tak boleh samakan dengan diorang, diorang tu budak sekolah menengah lagi, ain ni dah universiti da..
aku: (senyum, bangga bangga)
umi: ajak lah kawan awak, ain. umi tak nak layan, tak nak masak..
aku: alahh.....
abah: takpe2 ain, ajak je lah. biar abah je yang layan.
aku: hah, umi. abah nak layan. takpe lah.. (buat muka yang comel2, pujuk mak aku)
abah: abah layan, awak duduk je dalam bilik jangan keluar. nanti abah amik rotan, bedil sorang2..
aku: hahhh??

ayah aku memang slalu macam tu. dulu ayah aku cakap nak hambat dengan penyapu. penah jugak ayah aku kata nak sunatkan sorang2 budak laki yang datang rumah aku. tapi aku rasa ayah aku bergurau je, tak penah pun aku tengok ayah aku buat. err, sebab takde budak laki lagi yang penah sampai ke rumah aku kot. sume tak berani. 

ps. ghafar, hamdi, adli, irfan - aku tak tau la ape yang akan terjadi kalo korang datang nanti. aku rasa baik korang ubah fikiran, pikir masak2 dulu. sebelum terlambat. aku tak tau kalo berlaku apa2 kejadian yang tak diingini tau!

No comments:

Post a Comment