Wednesday, October 13, 2010

Alkisah Ziarah

Aku rasa hampir semua kunjungan aku ke rumah saudara-mara adalah hasil paksaan mak aku yang sangat2 lah menekankan kepentingan hidup bermasyarakat. Dan selalunya cubaan mak aku untuk 'mengajak' aku dan adik-beradik aku pergi beraya, berhasil sebab kami berasa insaf seketika tatkala mendengar tazkirah ringkas mak aku mengenai betapa perlunya seseorang mengenali saudara sendiri, kerana kami lah nanti yang akan meneruskan amalan menziarah ini andai mak dan ayah aku sudah tiada nanti. 

Jadi, dalam keadaan paksarela itu, aku mengikhlaskan jugak niat aku untuk pergi beraya. Dalam kotak fikiran dah terbayang kuih-raya yang bermacam-macam rasa dan bentuk yang akan dihidangkan. Apalah juga agaknya juadah Raya yang akan disediakan oleh tuan rumah, harap-harap nasi beriyani dengan daging dan acar. Aku kesat air liur yang meleleh.

Macam biasa, bila kita dah masuk dalam sesebuah rumah, kita akan salam dengan tuan rumah. Dan senyum lah sikit supaya tak nampak sangat yang kita ni tak berapa nak suka datang beraya kat rumah dia.

Pastu, biarkan mak ayah kita yang mengambil inisiatif untuk merancakkan perbualan dengan pihak tuan rumah. Kita duduk je sopan-sopan dan tengok muka tuan rumah, konon-konon kita ni cakna dengan ape bende yang sedang dibincangkan. Bila semua orang gelak, kita gelak. Bila orang serius, kita pun serius. 


Bila kita dah rasa tak bleh tahan tengok kuih-raya yang dah tersedia kat atas meja tu, kita renung je bekas-bekas kuih raya tu lama-lama. Dan berdoa supaya tuan rumah tu tergerak lah hati dia untuk mempelawa kita makan kuih raya dia. Selalunya, aku je yang dulu bukak bekas tu, tuan rumah tak kisah pun. Dia lagi suka ada lah, ade orang yang nak tolong menghabiskan kuih raya dia..


Dah rasa-rasa macam takde juadah 'berat' yang akan dihidangkan, kita pun mula lah buat hal masing-masing. Kalau ada TV dekat-dekat tu, jenguk-jenguklah skit. Kalau ada bawak PSP, ape lagi.. pandai-pandai lah coverline main senyap-senyap. 


Berborak-borak sesama adik-beradik pun amatlah sesuai, tapi slow-slowlah sket. Di samping dapat menghilangkan rasa bosan, dapat jugak mengurangkan rasa lapar perut.


Dan bila semua taktik dah habis digunakan, ambik lah kamera dan tangkaplah apa-apa je gambar rumah tu yang dirasakan menarik. 


Oh. Dan kalau berani, gambar tuan rumah skali.


Amatlah menguji kepantasan refleks kita, sebab kita kena pastikan yang tuan rumah tu tak perasan yang kita ni tengah amek gambar diorang.

Aku rasa lain kali aku nak bawak laptop lah time gi beraya, sambil menziarah boleh main Sims. Ape orang kata tu, sambil menyelam minum air? :)

No comments:

Post a Comment