Monday, October 04, 2010

Meh Kongsi Resipi?


Oh tidak. Aku dah lupa nak eja Resipi macam mane. Resipi ke Resepi? Jap aku Google. Oh. Resepi rupanya. Tapi still rasa macam pelik ejaan itu. English punya version: Recipe.

Alkisahnya macam ni, budak2 Zen14 sudi lah datang beraya kat rumah aku petang tadi. Orang kata, rezeki jangan ditolak oii.. Yang puasa pun datang juge, terima kasih lah ye. Terharu aku. (Sob Sob)

Konon2 lah aku ni nak buat something special sket untuk rakan2 sebatch yang disayangi (uhuk2!) so aku ajaklah kawan2 aku sleepover kat rumah aku semalam. Nak ajak ramai2 tak muat bilik pulak, nanti ada yang kena tidur beralaskan lantai berbantalkan lengan. ;)

Motif sebenarnya aku ajak Yun ngan Syuk ialah untuk tolong aku buat Trifle, sejenis dessert (baca:pencuci mulut) yang aku amat2 suka time aku datang kat rumah Yun dulu2. Oh. ayat aku perlu diperbetulkan. 

Sebenarnya, aku penah cuba2 buat Trifle ni dulu tapi tak berapa nak jadi sebab custard dye berketul-ketul. Kesilapan teknikal sket. 2nd time aku cuba, jadilah jugak sket, sebab jiran aku makcik Jun yang tolong monitor proses pembuatan Trifle tuh. So, memandangkan aku tak berjaya menghasilkannya dengan jayanya, aku mintaklah pertolongan Yun untuk mengetuai upacara membuat Trifle tersebut, dengan dibantu oleh aku dan Syuk.

Nak jadi kisahnya, Trifle yang kami bertiga buat, menjadi. Dan aku amat sukakannya. Sebab kitorang alter sket resipi Yun tu kepada satu kombinasi yang baru. Biasalah kan, bila tiga orang anak dara dah masuk dapur, macam2 boleh terjadi. :)

So, nilah aku nak berkongsi recipe nya. Sape2 nak cuba, silakanlah ye. Pastu jangan lupa bagi aku sket.. ;)

Puding ni nama dia Trifle sebab dia ada banyak layers. Korang boleh modify ikut kesesuaian citarasa masing2. Aku ni tak pandai nak bagi recipe ikut cara formal, so faham2lah sendiri ye.

Mula2 skali macam biasa lah, cari satu bekas kaca. Seelok2nya yang transparent lah, biar cantik sket bila kita tengok layer dia dari side bekas tu. Sekarang kita start dengan first layer dulu: Swiss Roll Layer. Mula2, korang susun lah Swiss Roll yang dipotong saiz sederhana kat atas bekas tu. Pandai2 lah korang buat supaya tak ada lubang2, maksudnya biar seluruh bahagian bawah bekas tu dilitupi oleh lapisan Swiss Roll. Biar nampak macam satu layer. Swiss Roll yang aku recommend ialah Swiss Roll jenama First Choice perisa Apricot yang dibeli kat Giant. Sedap giler weh aku tak tipu.

Lepas tu, bukak setin koktel buah, asingkan air dengan buah dia. Air dia tu korang renjis2 sket kat atas lapisan Swiss Roll tadi. Jangan renjis semua oi, sikit je. Agak2 dah basah dah Swiss Roll tu, kire ok lah. Buah2 dia jangan buang pulak, kita nak guna nanti.

Pastu kita proceed pada second layer: Custard Layer. Part ni memang aku surrender lah. Yun je yang uruskan bab2 masak custard ni, sebab dia lagi terer. Okeh meh la aku terangkan mane yang aku tau eh. Kita nak masak custard ni, kena campur beberapa jenis bahan. Mula2 kita letakkan satu bekas atas api. Yang kitorang guna bukan periuk, tapi bekas aluminium yang sides dia agak tinggi skit tu, aku tak tau ape name dia. Tapi ikut korang la nak masak guna bekas ape kan, tak kisah pun kot. Mula2  pasang api kecik je. Pastu, masukkan semua baki air buah koktel tadi dalam bekas atas api tu. Then masukkan satu tin susu cair.  Masukkan jugak telur sebijik. Gaul2 sket. 

Pastu amik satu mangkuk untuk kita letak custard. Tepung custard yang kita akan guna ialah sebanyak 2 sudu tapi tak boleh masukkan dua sudu terus dalam bekas tu tau. Ada teknik2 nya. Korang masukan sesudu besar dulu tepung custard kat dalam mangkuk. Pastu, cedok sikit air2 dari dalam bekas kat atas api tu, masuk dalam mangkuk. Kacau2 sampai custard tu tak berketul. Ulang lagi untuk yang sesudu custard tu. Pastu, tuangkan semua custard tu ke dalam bekas yang ada atas api tadi. Kacau lah dengan vigorous dan rapidly as possible. Jangan sampai berketoi-ketoi weh, tak sodap nanti trifle korang! Bila nampak macam dia dah pekat, and rasa pun dah macam manis2 skit, sila lah tuangkan custard tu ke atas lapisan swiss roll tadi. Satu lapisan nipis je, jangan tebal sangat nanti muak kalau makan banyak2. Lepas tu, korang tabur lah skit buah2 koktel kat atas custard layer tadi, biar nanti kita makan akan rasa buah2 kat dalam tu. 

Okeh, penat dah aku type ni. Bila la nak abis ye.. Ok2 kita sekarang ni dah nak masuk third layer. Semalam, kitorang modify resepi Trifle ni so kitorang letakkan satu layer Swiss Roll lagi kat atas Custard tuh. Then, fourth layer kitorang letak Custard lagi.  Fifth layer kitorang tabur buah2 koktel. Kali ini buah2 tu memang penuh la atas custard tu, biar jadi satu lapisan. Letakkan bekas tu dalam peti selama 10 minit.

Korang paham tak ni? Maksudnya, sekarang ni kita dah ada 5 layers:
1st: Swiss Roll
2nd: Custard
3rd: Swiss Roll
4th: Custard
5th: Buah2 Koktel
6th: Pudding

Ha, lapisan terakhir tu kita baru letak pudding. Yang direkemen ialah Serbuk Puding jenama Nona perisa Mango. Cara nak masak senang je. Masak air atas dapur, pastu tuang je sekotak serbuk tu. Senang cerita ikut jelah instruction kat belakang kotak tuh.

Bila cecair kuning tu dah menggelegak, korang keluarkan bekas trifle dari dalam peti then tuangkan cecair tu kat atas lapisan kelima tadi. Nanti korang akan nampak cecair tu diffuse through the layers, cantik sangat. 

Pastu, time sekarang ni lah korang nak menghias Trifle korang. Cepat2 lah taburkan buah2 koktel or peach kat atas cecair tu sebelum dia bertukar jadi puding. Sebab nanti kalau korang lambat taburkan buah2, nanti tak cantik dah buah tu sebab dia akan timbul. Bukannya separa tenggelam. Ha lagi satu, bekas tu jangan terus letak dalam peti sebab dia panas lagi. Tunggu sejuk sekejap, agak2 macam dia dah mengeras and nak bertukar jadi macam bentuk puding, baru korang masukkan dalam peti.

Voila!! Dah siap dah Trifle korang. Err.. memandangkan ade enam layers kesemuanya, so it.s called Hexfle ke? Entahlah, aku pun tak sure.

Sebenarnya nak buat Hexfle ni ikut kreativiti masing2 la, nak bentuk macam mana, nak rasa macam mana, tapi yang penting boleh makan dan sedap rasanya kan? 

Selamat mencuba! :)


Saki baki Trifle tadi. Daripada dua bekas kaca, dapat ni je.  Mak aku puasa tadi, so mak aku tak dapat lah merasa Trifle ni. So tadi, mak aku dah pesan awal2 dah supaya kitorang jangan makan these Last Pieces of Trifle, sebab mak aku memang memang memang nak rasa sangat sangat. Oh, penggunaan kata-kata yang amat ekstrem disitu.

Kira laku lah jugak Trifle kita ye, YunSyuk. Lain kali boleh buat lagi ;)

2 comments:

  1. buat sendiri ke? wah mmg sedap. ramai bro yang tambah n ckp sedap..

    ReplyDelete
  2. nk cilok resepi ni ye pah..hehe

    ReplyDelete