Monday, October 04, 2010

Mesin Merah

Aku tau korang tau ape bende ni. Nama dia Air Mover atau dalam BM disebut, err... Mesin Penggerak Udara? 

Selalunya kita jumpa dia ni dalam tandas lah. Kat VIP Restroom Sisters dekat dengan masjid KOM tu ada sebijik.

Untuk makluman semua, aku amat suka dia ni. Sebab apa? Hmm... Sebab dia warna merah? Tak ah.

Ni dia sebab musababnya:
1. Nama pun Air Mover. Jadi dia ni mengerakkan udara dari dalam tandas ke luar tandas. Hasilnya, tandas pun takdelah berbau 'something' bila ramai2 orang masuk. Tiada lagi pencemaran bau terjadi.

2. Bunyi dia bapak lah kuat kalau korang nak tau. Kalo sape2 jalan kat luar tandas tu memang kompem bleh dengar punye. Ha, ni pun satu kebaikan jugak. Orang yang kat dalam tandas tu boleh 'berbunyi' apa saja dan tak perlu risau/malu kepada sesiapa kat luar sebab bunyi tu ditenggelami bunyi mesin ni.

3. Dia ni mengeluarkan angin, so kalo sape2 rase nak keringkan kaki yang basah or kain yang lencun, boleh je duduk berdiri menghadap dia ni, memang efektif.

4. Lagi satu, dia ni berfungsi untuk mengeringkan lantai tandas yang basah sebenarnya. So, takdelah korang kena angkat kain bile keluar dari cubicle, sebab kita ada mesin yang macam siput ni. 

Aku memang geram jugak lah kalo time aku duduk syok2 dalam toilet tu buat bisnes, tetiba ade orang yang tutup benda alah ni. Terbantut hajat aku. Kadang2 sampai aku menyumpah sape la budak yang rajin sangat nak 'menjimatkan elektrik' tu. Sampai ade satu masa, aku berdoa supaya ade la orang kat luar tu 'tersedar' dan mengambil keputusan untuk on kan semula mesin merah tu.

Aku rasa doa aku dimakbulkan. Sebab setiap kali aku doa, mesti mesin tu akan berbunyi semula. Terima kasih Ya Allah, kerana mendengar rintihan hambaMu yang berada dalam kesulitan....

No comments:

Post a Comment