Thursday, December 23, 2010

Harmless Crush

Nota: Entri ni tak ada sebarang pengajaran atau kata-kata nasihat untuk renungan bersama. Kepada sesiapa yang ada perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan, sila sambung kembali kerja anda. Terima kasih.

Okay. Yang dah tak ada kerja sangat nak buat sekarang ni, meh la sini dengar cerita aku. Al maklumlah, bukan selalu aku nak duduk menghadap laptop ni mengarang kisah hidup aku untuk tatapan korang kan.

Al kisahnya, ada lah seorang abang MLT (Medical Lab Technologist) dekat KOM ni yang selalu jadi buah tangan mulut aku dan kawan-kawan aku. Mana tak nya, abang tu memang sempoi giler kot. Nampak je garang tapi amat lah berkarisma. Bayangkan, dia still lagi boleh explain pasal prosedur experiment dengan yakinnya, even though time tu aku and beberapa orang sisters semua berdiri keliling pinggang dia. Nak dengar explanation dia lah, bukan nak menggatal okay.

Aku memang tabik spring lah dekat abang ni. Kadang kadang tu dia sempat buat lawak lagi time kitorang tengah buat praktikal. Ingat lagi time aku dengan Sally (bukan nama sebenar) tengah buat Praktikal Immunoprecipitation. Kitorang diberikan satu plate yang penuh dengan lubang2 kecil (wells) untuk diisi dengan specimens.

Nak dijadikan cerita, kitorang accidentally termasuk reagent yang salah ke dalam wells tu, and then after realising our stupid mistake, mula lah dah gelabah masing2. Aku pun dah cuak dah. Yang si Sally ni pulak pegi tanya Abang tu, macam mana nak buat kalau dah tersilap. Boleh ke nak buang and basuh wells tu, pastu isi semula dengan specimen yang betul? Abang tu plak kata biarlah kalau dah tersilap, sambung je sampai habis. Sally tanya abang tu, boleh tak kalau kitorang nak plate yang baru. Pastu abang tu kata,

"Plate tu harga dia rm200 lebih satu tau. Kitorang tempah khas tu. So kalau dah silap, memang tak boleh nak buat apa lah"

Kitorang tergamam sekejap. Whoahh mahal giler kott.

Sejak daripada first Immune Practical tu, abang tu selalu lah datang melawat Table kitorang. Nak make sure aku dengan Sally tak ade buat silap lagi lah tu. Hmmphh.

Pastu, time ELISA Practical tadi, aku dengan Sally tengah lah sibuk2 nak masukkan Substrate Reagent dalam assay wells kitorang tau, abang tu datang tengok2. Kitorang pun buat bodoh je lah kan, sebab memang abang tu suka lepak2 kat situ, explain benda2 yang kitorang tak paham. Lagipun, Sally lah yang suka bertanya soalan kat abang tu, aku sibuk tumpang dengar je.

Time nak pipette reagent tu, Sally pun tanya aku, "Eh, kita buat sekali terus lah untuk isi semua wells ni eh?"

Aku pulak time tu tak berapa sure nak jawab. Aku cakap, "Emm boleh kot, sebab ni reagent yang sama je kan, so boleh kot.."

Sally pun tanya aku lagi, "Eh boleh kan? Boleh kan?"

Tup tup abang tu pulak yang mencelah, "Tu ha, tanya Pah tu, dia tahu tu..."

Aku terkejut. Aku toleh dekat abang tu. Nampak dia tengah senyum.

Aku pandang Sally. Kitorang senyum.

Aku yang tengah pegang plate tu mula dah hilang fokus. Apa tak nya, first time kot abang tu panggil nama aku. Berbunga-bunga riang la sikit hati aku. Okay semua orang sila muntah sekarang.

Abang tu tak abis2 lagi nak sebut nama aku, "Pah, pegang elok2, jangan menggigil gigil, tu nanti kang tumpah pulak.."

Aku tahan senyum

Kontrol ayu.

Waaahhhhh Abang tu tau nama aku! Abang tu tau nama aku!! OMG OMG

Aku rasa nak pengsan.

Bila abang tu dah pegi kat Table lain, aku bisik kat Sally, "Eh, macam mana abang tu boleh tau nama aku ha?"

Balik2 bilik, aku terus semak Jadual. Ohhh. Tadi tu merupakan Lab terakhir kitorang bersama buat Praktikal dengan abang tu. Immunoprecipitation, Immunoagglutination, Immunofluorescence dengan Enzyme Immunoassay (ELISA).

Oh Tidakkk. Dah tak dapat jumpa abang tu lagi dah. Tiba-tiba rasa sedih pulak.

Mana tak nya. Even nama abang tu pun aku tak tau. Sedih tak?

Ohohoho korang jangan start nak buat gossip bukan2 pulak ye. Aku dengan abang tu takde ape2 okehh. Setakat suka2 macam tu, biasa lah. Orang perempuan lah katakan. Gedik2 sikit tu normal lah. Sikit je okay, bukan gedik yang melampau tahap cipan sampai semua lelaki dia nak goda. Okay, teremo lebih di situ.

Lagipun, marah isteri dia nanti. Oh yeah, dia dah ada isteri lah, entah2 da ada anak punn..

Ahhh. Mood aku dah hilang. Bye.

2 comments:

  1. kalau crush aku panggil nama aku, konpem pengsan on the spot.
    -_-

    ReplyDelete
  2. ok,u make me jeles

    ReplyDelete