Sunday, March 06, 2011

IIUM & Irsyad

Program: I & I Motivational Program
Tempat: Sek Ren Al-Irsyad (SRAIB), Balok
Hari/Tarikh: Sabtu, 5 Mac 2011
Masa: 8 - 1.30 tgh hari

SRAIB
Pelajar2 Tahun 4, 5 dan 6

"Kak Ain, jomlah kita main ice breaking pulak.." cadang si Aiman, adik grup aku yang petah bercakap.

"Lahh, tadi kan kita dah ice-breaking, kenal dengan kawan-kawan semua.." aku jawab.

"Alah.. best ni main ice-breaking, jomlah.." dia tanya lagi.

Aku dah pelik. Eh budak ni, tadi kan dah buat sesi Ice-breaking, dia nak ta'ruf lagi sekali ke?

Oh.. Baru aku teringat. Ice. Breaking. Aiman ingat kita memang nak main 'memecahkan ais' betul-betul. Patutlah dia tanya bila nak 'main' ice-breaking...

Aku tergelak. Adeh.

Kakak2 dan abang2 commitee, next time kena explain kat budak2 ni yang Ice-breaking yang dimaksudkan adalah imaginary ice yang perlu dipecahkan antara orang yang tidak kenal antara satu sama lain. Or dengan kata lain, Sesi Berkenalan.

Aku nyaris2 nak gi balik rumah amik Ais batu dah, nak main Ice-Breaking sama2.. ;p

**************************************************************************************

"Kak Ain, kenapa nama semua abang2 pelik pelik? Tu Bunyamin, pastu yang atas pentas tu..",

"As'ad", aku menyambung.

"Ha. As'ad. Peliknya nama diorang. Diorang ni orang apa?"

Hmpphhh. Aku tahan gelak.

Ntah la Hidayah, kak Ain pun tak tau diorang orang apa.. :p

**************************************************************************************

Ada satu sesi ni, adik2 kena sambungkan bait2 sajak guna ayat yang diorang reka sendiri.

Sorang adik lelaki darjah 4 grup aku ni, Aiman (bukan nama sebenar) tak ada idea nak tulis apa. Aku pun kesian lah tengok kertas dia yang takde ape2 perkataan lagi.

Aku pun tolong lah dia tulis. Aku bagi idea sikit, dia sambung sikit, pastu aku pun tulis.

"Aku berjanji tidak akan..."

Dia senyap je, berfikir.

"..tidak akan makan gula-gula lagi", aku sambung.

Dia mengangguk. Setuju.

Selang beberapa minit pastu, dia mintak gula2 dekat aku.

"Eh, tadi kan janji tak nak makan gula2 dah.." aku menyakat.

"Lahh, tu coklat. Bukan gula2.." dia menjawab.

Aku pun amik kertas tadi. Aku tambah, "Aku berjanji tidak akan makan gula2/coklat lagi".

Aku tunjuk kat dia. "Hah, ni kan Aiman dah janji taknak makan coklat/gula2 lagi" aku senyum.

Bila banyak kali dia mintak gula2 kat aku, aku tak bagi.. dia amik kertas tadi. Dia padam ayat last tu. Then dia mintak semula gula2 kat aku.

Aku senyum. Bijak betul la budak ni. Aku cakap kat dia, kalau Aiman padam ayat last tu, kena ganti dengan ayat lain.. Dia mengangguk.

Aku pun tulis, "Aku berjanji tidak akan..."

"...pakai seluar koyak lagi"

Asyraf dengan Iqbal, kawan2 Aiman ketawa berdekah-dekah.

Thehee. Sebenarnya Aiman memang tengah pakai seluar koyak pun time tu.

Oh. And dia tak pakai apa2 kat dalam tu. Nasrina, adik darjah 5 grup aku bisik kat aku ;)

Facilitators (Me and Muzakkir) dengan ahli grup 11 :)

The girls

Oh. Budak-budak... :)

No comments:

Post a Comment