Monday, February 13, 2012

The Accident

Time nak balik UIA semula ni la, aku suke nak kecek duit sikit dpd parents aku, mana taknye, dlm purse tu ade habuk je. Duit syiling pun da takde. Kebetulan ayah aku g keje pg tadi, so aq g la sibuk2kan diri dekat mak aku.. 

"Umi2, nak mintak duit sikit bleh, untuk belanja.. umi sponsor la skit, hehe" 

"Eh, takde2.. Kereta dah remuk tu, nak sponsor apenye..", balas Mak aku sambil tergelak2. 

Ha, cakap pasal kereta yang remuk, tengok ni: 





Kih3. Tu keje aku la tu, buat kete tu jadi sampai camtu.

Nak dipendekkan cerita, hari Sabtu lepas, pagi tu dalam pukul 10++, aku keluar la gi Balok sorang2 naik kete untuk beli arang + fire starter utk Family Day Zenith. Singgah kat CS Jaya kejap. Time nak masuk simpang ke Restoran Alif tu, aku tengok jalan tu kosong, takdek kete lgsung. Langsung takdek. Kosong. Konfem. Aku pun slow2 la, cross jalan tu.

Alik2 ade pulak la satu motor tiba2 langgar dari belah kanan aku. Aik, motor tu datang dari mana? Apa lagi, bila motor tu rempuh pintu kereta aku, tercampak la penunggang motor dua orang tu across cermin kete aku, jatuh kat atas jalan. Cam Superman la, tapi takdela terbang tinggi sangat. Lalu kat atas cermin kete je..

Adeh. Matila aku,,

Aku pun apa lagi, tekan minyak cepat2, terus bwk kete gi balik rumah. Terlanggar la sikit kaki budak tu, tapi aku peduli ape. Aku nak cepat kot. Bukannye salah aku pun. Sape suruh ko langgar aku..

Ehh3 ape ingat aku ni tak berperikemanusiaan sgt ke, nak langgar lari orang...

Time motor tu langgar kete aku, cuak la jugak. Haishh, tak dapat la aku mintak kereta baru dpd ayah aku kalau macam ni, huhu. Budak yang langgar aq tu Form 4/5 aq rase, ade 2 org. Yg bwk motor tu takdek lesen pun.. Nasib baik dorang takdek ape2, cuma calar je kat tangan, and yang sorang lagi tu sakit kaki sikit.


Since insiden ni berlaku kat depan Alif, so mmg ramai la org yang tengok. Rase famous pulak skejap, hehehe.

Lepas aku mintak maaf, tukar2 nombor tepon, tulis plat no motor dye, aku pun balik rumah. Bagitau kat mak aku, yang aku terlanggar motor (sebenarnya, motor tu yang langgar aku) and mak aku pun cakap la, "Umi ni memang dah rase dah macam tak sedap hati nak bagi awak pegi bawak kereta tadi, tapi nak buat macam mana, bagi la jugak walaupun sebenarnya taknak bagi.." Lepas tu macam biasa la, mak aku tanya 1001 soalan and nasihat etc. Aku hanya mampu senyum je, speechless. Huhu.

Time kat rumah tu, abang kepada budak yang kene langgar langgar aku tadi call aku. Dia tanya, aku nak buat report polis tak. Aku pun cakap la, memang nak buat. Sebab nak claim insurans kereta.

Dye kate ok. Tapi lepas tu, dye call lagi. Tanya kalau2 boleh tak kite setel kat luar je, tak payah buat report polis. Since dia mati2 kata aku yang bersalah dalam hal ni.. so, kire aku bayar je duit motor dye yang rosak tu, tak payah report polis. Susah je..


Aku pun cakap la, "Oh, saya memang kena buat report, sebab kalau tak report, tak boleh nak claim.. Memang la motor awak tu rosak, tapi kereta saya pun rosak jugak, bukan je pintu kereta and side mirror, tapi cermin kereta kat depan tu kena ganti jugak.. Tapi kalau nak cakap saya yang salah sekalipun, adik awak tu pun salah jugak. Sape suruh bawak motor takdek lesen? Hah! (Takdela aku cakap style kuang ajar gitu, tapi u get the point lah kan.. Aku geram betul la dgn abang dye tu, cara cakap memang tak beradab langsung, da even kalau aq yang salah pun, ko tak bleh cakap dengan berbudi bahasa sikit ke?)

ps. Even though abang budak tu cakap aku yang salah, aku still rasa dalam kes ni, dua2 pihak bersalah sebenarnya. Hm, ntah lah. Malas nak fikir banyak. Ape orang kata tu, Accidents happen.



Kalau nak kira2, banyak jugak la accident yang aku penah rasa. Time dengan family aku (ayah aku drive) dulu skali, dengan kakak aku skali, dengan kawan aku skali, campur dengan minor accidents time aku bawak kete, hm.. ade la dalam 2 kali..


Tapi aku bersyukur sangat sbb sume tu tak melibatkan kehilangan nyawa/patah2 tulang pun.. Bak kata pakcik aku, "Spare part kereta boleh cari, tapi spare part manusia ni tak boleh dicari ganti..."

1 comment: