Friday, August 03, 2012

Cabaran Al-Quran





Adik aku ajak lah main game ni. Dah lama sebenarnya game ni ayah aku beli, tapi kitorang jarang main. So si Adlin yang tengah bosan ni mengada-ngada pulak pegi buat keluarkan game ni, ajak aku main sekali. 


Aku memang lah tersangat malas nak melayan budak kecik ni, sebab aku tengah dok busy melukis lukis, menghabiskan masa aku dengan amat efektif sekali konon-kononnya lah kan. Bila dia dah menyibuk, aku pun jadi tak tenteram nak sambung kerja.


So aku layan la dia sekejap. Game ni untuk budak besar sebenarnya, tulis kat situ untuk 8 tahun hingga Dewasa. Dia ada set of questions untuk dijawab, and kalau siapa yang dapat jawab, dia akan maju satu petak ke hadapan. Cewah, berbahasa baku pula daku. Nak dijadikan ceritanya, main dengan budak 7 tahun memang agak kelakar. Dan skema yang amatt. 


1. Adlin: Apakah maksud Hijrah?
Aku: Alah senang je. Berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain.
Adlin: Salah! Perpindahan Nabi Muhammad saw dan para sahabatnya dari Makkah ke Madinah.
Aku: Sama lah tu!
Adlin: Mana ada sama! Salah salah
Aku: =.='


2. Aku: Apakah minuman yang akan diberikan kepada penghuni Neraka sebagai pembalasan?
Adlin: Hmmm..
Aku: Air apa?
Adlin: Hmm.. Air... Air..
Aku: *gerak-gerakkan jari tunjuk gaya air yang menggelegak
Adlin: Air soda?
Aku: *gelak terbahak-bahak* Mana ada orang minum air soda dalam Neraka lah!


3. Adlin: Apakah nama baru bagi Bandar Yathrib?
Aku: Kak Ain tahu! Madinah!
Adlin: Salah! Madinah al-Munawwarah!
Aku: =.='


4. Aku: Siapakah yang membina Kaabah?
Adlin: Nabi Muhammad! *dengan yakinnya menjawab
Aku: Salah! Zaman Nabi Muhammad tu Kaabah dah ada lah
Adlin: Hmm Nabi Adam! *pulak dahh
Aku: Waktu tu mana ada Kaabah lagi.. (Zaman Nabi Adam, Kaabah tengah dibina. Bila Nabi Adam wafat, anak-anaknya pula sambung bina Kaabah sebelum runtuh sebab banjir. Nabi Ibrahim bina semula Kaabah untuk kali kedua and kekal sampai sekarang). Ada sorang nabi, dengan anak dia. Alin kan dah belajar kat sekolah. Start dengan huruf I. Ha fikir fikir..
Adlin: Isa? *habis semua Nabi nak disebut nya
Aku: Nabi Ibrahim dengan anak dia Nabi Ismail lah, ingat tu! Basic punya soalan ni, jangan lupa. *mula dah aku start berleter


5. Adlin: Bilakah masa umat Islam dibenarkan untuk makan sepanjang Ramadhan?
Aku: Lepas terbenam matahari!
Adlin: Salah! Dari terbenam matahari (waktu Maghrib) sehingga waktu Fajar!
Aku: =.='


6. Aku: Apakah pokok Zaqqum dan di manakah ia boleh dijumpai?
Adlin: Emm, kat Syurga?
Aku: Kat Neraka lah! Kalau tadi Allah bagi air yang menggelegak untuk orang kat Neraka, makanan dia pulak Allah bagi buah daripada pokok Zaqqum. Ingat tu!
Adlin: Yela yela *muka bosan sebab asyik dengar aku membebel


7. Adlin: Apakah pengajaran kita terima daripada ibadah puasa?
Aku: Dapat kawal nafsu?
Adlin: Salah! Mengawal diri!
Aku: Sama lah tu!
Adlin: Mana ada sama. Salah salah
Aku: =.='


8. Adlin: Bagaimanakah Allah menganjurkan kepada kita untuk membelanjakan harta?
Aku: Hmm.. ke jalan Allah?
Adlin: Salah! Tidak boros dan membazir!
Aku: Sama lah
Adlin: Kak Ain selalu cakap sama padahal tak sama punn
Aku: =.='


9. Adlin: Apakah perjanjian yang dibuat Allah dengan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail berhubung dengan Kaabah?
Aku: Er.. supaya jaga Kaabah elok elok? 
Adlin: Salah! Menjadikannya sebagai Kiblat bagi umat Islam!


10. Adlin: Bagaimanakah cara kita berjalan di atas muka bumi?
Aku: Gravity?
Adlin: Salah! Tidak dengan keangkuhan, tetapi dengan perasaan rendah diri.
Aku: *gelak sendiri dengan jawapan aku


Macam ni lah kalau main dengan budak kecik. Adehh =.='

6 comments:

  1. "Kak Ain selalu cakap sama padahal tak sama punn"

    That comment was lollerskates XD.
    If your sister ever ends up as a teacher, I'd hate to have my exam papers marked by her.

    ReplyDelete
  2. Yeah, she would always try to find ways to beat me. Kids.

    Haha Likewise :D

    ReplyDelete
  3. Act adik ko dlm kbykn hal btul(nabi adam bina ka'bah, mksud hjrah sgt tepat etc..)
    Ko yg slah byk...

    ReplyDelete
  4. Yeah. Nabi Adam and anak-anaknya yang bina Kaabah mula mula. Lepas Kaabah runtuh, Nabi Ibrahim yang bina semula Kaabah. Dalam card jawapan tu takde pula sebut Nabi Adam, so I assumed dia nak tanya pasal Kaabah yang dah sedia ada ni. Not siapakah Nabi yang mula-mula membina Kaabah.
    @http://syahirul.com/sejarah-penciptaan-kaabah/

    Hijrah ada banyak maksud kot. Dari segi bahasa maksudnya 'Berpindah dari satu tempat ke satu tempat yang lain'
    @http://abidanial.blogspot.com/2008/12/pengertian-hijrah-dan-perintah-wajib.html

    Tapi memang most questions aku tak dapat jawab pun,,

    ReplyDelete