Sunday, August 12, 2012

Lapar




Ingat lagi masa aku puasa sunat / puasa ganti kat UIA. Selalu jugak aku mengadu 'Laparnyee..' kat kawan2 aku bila ada classmate yang dengan tidak sengaja makan depan kitorang yang tengah puasa. Ataupun bila ada bau-bau makanan (yang seriously boleh menyebabkan air liur meleleh) time tengah dengar lecture, mula lah aku tak senang duduk.

Pastu Yun (kawan aku) akan cakap, 'Pah, puasa lah.. Kurang pahala puasa nanti..'. Shuk (kawan aku yang lagi sorang) akan tanya, 'Pah sahur tak pagi tadi?' Aku pun jawab, 'Dah. Makan nasi beli petang semalam. Rasa macam dah nak basi tapi aku makan je..

Ah. Rindu pulak tiba-tiba.

Dekat rumah ni pulak, adik aku Adlin, exhibit symptom yang sama time tengah puasa. Pagi tadi aku konon-kononnya nak try lah buat biskut Sarang Semut, si Adlin ni menyibuk je nak tolong. So aku bagi lah dia tolong masukkan adunan dalam papercup sama-sama.

Percayalah, dari segi texture and shape, tak jadi rupa Sarang Semut pun. More like Biskut Busut Anai-Anai. Tapi dari segi rasa, boleh tahan la sedapnya.

Next time, aku kena guna Sagat. Baru la bentuk dia jadi comel sket.

Pastu sambung cite pasal Adlin. Dia ni memang sangat tak tahan godaan. Lepas kitorang da masuk biskut dalam oven and bau biskut da tersebar ke serata dapur, dia pun start..

'Umi, laparla.. Alin nak buka puasa boleh?' 
'Umi, Alin nak rasa sikit je biskut ni..'
'Kak Ain, sedapnya bau.. Alin laparla..'

..sambil dia ambik bau biskut tu, hidung betul betul kat depan biskut. Aku pun bising la.

'Kalau Alin macam ni, asyik mengomel lapar lapar je, Kak Ain malas dah nak ajak Alin tolong buat kuih'

'Bukannya Alin sorang je lapar. Kak Ain pun puasa. Kak Ain pun lapar jugak..'

'Dah kenapa Kak Ain tak meraung lapar pun?', tanya Adlin.

'LAAAPAAAAARRR!', aku menjerit.

Lepas habis gelak, kitorang duduk atas katil baca buku sama-sama.

'Kak Ain, Alin kena kira sampai berapa baru nak buka puasa?'

Aku tengok jam. Baru pukul 12.30 tengah hari. 'Kira sampai 1 juta', aku mengacah.

Adlin start mengira, '1..2..3..4..5.....' Sampai 207, dia cakap penat. Dia keluar bilik jap, pastu masuk balik.

Sambil tengok rak buku dia tanya, 'Kak Ain, Alin kena baca berapa banyak buku baru boleh buka puasa?'



Seriously??!

2 comments:

  1. haha.. besar sgt lubang nye tuh >.<

    ReplyDelete
  2. Haah betul3. Budak baru belajar, biasala frz~ hehe

    ReplyDelete